Berapa lama masa bersama kah yang dikatakan penunjuk kesesuaian dan keserasian diantara dua orang manusia?
Dulu masa saya di sekolah menengah rata-rata kawan kawan bersetuju dengan kaedah ini:3 bulan :kenal-kenal
6 bulan :hurm, ada kawan kata sesiapa yang berjaya lepas the first 6 months should be together forever.
Setahun dan ke atas:Confirm happily ever after.
Pada saya tempoh masa ni semua kadang kala mengarut. Ada dikalangan kawan-kawan saya yang bercinta sejak sekolah sampai U then after grad berpisah.
Kisah sedih ni walau macam mana pun kadang kala tak bermakna the end of everything. Sebab, kalau difikirkan dari segi logik nya, alangkah bertuahnya diri kita kalau perangai sebenar pasangan kita dapat dilihat sebelum mengikat ikatan perkahwinan. Masa tu dah terlambat.
Mengikut kajian yang saya baca, manusia tak akan berubah. Mungkin akan beralah sekali dua tapi tak akan berubah. Jadi kalau ada diantara kita yang dah ada target atau hope untuk mengubah pasangan baik lupakan.
Memang tak dapat dinafikan ada sesetengah benda pada pasangan yang menyakitkan hati kita, tapi saya rasa itu lah kekurangan yang membuatkan kita semakin sayang pada the other half kita kan? Kekurangan tu lah yang boleh differentiate kan seseorang tu dgn individu yang lain.
Dan jangan lupa, kita juga tak sempurna.
To make our relationship lasts, kita kena banyak berkorban, bukan saling menyalahkan.Jangan bergaduh untuk menang sebab kita bukannya nak collect points utk setiap kemenangan. Satu pasangan adalah satu pasukan. Pasukan yang kuat adalah pasangan yang menang bersama, bukan saling mengalahkan.
Ironik.
Baru-baru ni saya ada dengar kisah sedih kawan saya yang mengadu pada saya pasangannya tak pernah hadiahkan dia apa-apa. Tak pernah hadiahkan apa-apa yang fancy(pembetulan). Dan sebagai seorang kawan yang suka menasihatkan(even diri saya pun tak berapa ok sgt), saya kata pada dia yang semua barang-barang yang dia harapkan pasangannya hadiahkan tu pasti boleh dibeli sendiri. Tak perlu susahkan/bebankan pasangan.Betul tak?Tu semua material. Yang lebih penting adalah nilai yang ada pada seseorang tu.
Hurmmm..Rasanya ini sahaja lah yang dapt saya tulis untuk kali ni. Next entry harap-harapnya saya dapat tuliskan sesuatu yang gembira pula.
Ps: tak sabar nak tengok cerita sepi dengan Zack. Emosi pasti akan terganggu. Tapi it's ok. Shah ada. =)
Saturday, June 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
curahkan rasa sayang pada pasangan pada setiap masa :)
Post a Comment