Friday, August 29, 2008

Topeng

Saya rasa hidup sebagai manusia sangat memenatkan..
Banyak benda yang terpaksa dilakukan tanpa kerelaan hati?
Di buat untuk memuaskan hati pihak yang lain..

Kadang-kadang saya rasa tersepit..
Sakit hati yang tak terhingga bila setiap yang saya buat tu tak menunjukkan bayang-bayang saya yang sebenar..
Buat sesuatu benda atas dasar menjaga hati orang lain atau untuk tak dipandang serong oleh orang lain..

Bodoh kah kita kalau tak memaafkan salah orang lain?
Atau kita yang bodoh memaafkan walau berulang kali diperbodohkan?
Saya bukan seorang yang maha pendendam..
Tapi kadang-kadang hati saya ni angkuh nak memaafkan orang..
Bergantung juga pada kedalaman luka kat hati saya..
Makin dalam luka yang menyakitkan makin banyak masa diperlukan untuk menyembuhkan..

Soal maaf ni bukan boleh dipaksa ikut kemahuan orang lain..
Bukan boleh dipercepat atau dilengah2kan..
Terutamanya yang menyentuh hal peribadi dan maruah hidup..
Susah payah turut ajaran mak..jaga maruah diri..saya usaha..
Tapi orang lain sesenang hati memfitnah maruah saya..patutkah saya maafkan?
Atau orang yang meminta maaf tanpa berselindung ke tidak ikhlasan hati..
Haruskah saya maafkan?
Bebaloikah untuk saya maafkan demi menjaga hati orang lain?
Habis bagaimana dengan perasaan saya sendiri?
Buat tak tau?Ikutkan saja kehendak orang lain?

Sahabatkah anda dengan tidak memikirkan perasaan sahabat sendiri?
Untuk seketika saya tak percaya dengan istilah sahabat..
Saya sudah tak percaya pada orang lain kecuali diri sendiri..
Cuma betah mendengar suara hati saya sendiri...

Kata-kata maaf sangat mulia nilainya di sisi Tuhan..
Saya tahu itu..
Yang memaafkan dipandang tinggi, yang meminta maaf di pandang suci..
Bijak mengawal emosi
Bak kata orang..
Profesional..

Kadang-kadang saya terfikir?
Lebih baik saya ada topeng kat muka..
Topeng yang sentiasa berwajah manis, senyum?
Atau saya patut masuk kelas lakonan..
Biar saya boleh melakonkan pelbagai mimik muka!
Even yang bertentangan dengan perasaan saya di dalam hati..
Semoga semua orang puas hati dengan riak wajah saya..
Kerana Demi Tuhan! Saya tak pandai menipu diri sendiri..

Kawan-kawan, hadiahkanlah saya topeng..
Saya mahu hidup berpura-pura!


(This is a very old entry that I've posted last year..)
=)

Reality vs Magic

Love is magic but sometimes it could be illusion??
Ironically, these words was quoted from my brother comic book..
Yang saya sangat tak berminat untuk baca..
Tapi cuti semester ni buat saya banyak mengelamun dan berfikir..
Fikir pasal diri sendiri..
Fikir pasal kawan-kawan..
Fikir pasal masa depan..

Hidup tanpa berfikir akan buatkan penglihatan hati kita tumpul..
Dah tak tajam..
Dah tak dapat menembusi perkara sebenar..
Dah hilang kawalan?
Macam pin yang tumpul..
Worthless..

Cinta, misalannya..
Perlukan kita untuk berfikir..
Tepat ke pilihan kita?
Akan berjaya ke kita dengan pilihan kita?
Saya cuba sedaya upaya untuk kekalkan prinsip hidup saya..
Pilih cinta saya sehalus-halusnya..
Macam water filter..
Yang tembus ke dasar filter sahaja akan saya pilih..
(Bukanlah nak kata boyfriend saya yang terbaik..but he's good enough for the difficult person like me..)
Sebab pada saya cinta bukan benda main-main..
Bukan untuk isi status kekasih dalam hidup kita..
Bukan untuk tunjuk pada orang ramai..

Sebab..

Cinta bukan untuk sehari dua..
Ini cinta untuk seumur hidup..
Pergi mati la dengan status, duit, rupa dan harta benda..
Yang selalu penting haruslah hati saya dan dia..
Even realitinya status, duit rupa dan harta yang boleh buat orang lain teruja,
magiknya cinta, manisnya masa depan diri sendiri yang akan rasa..

I'm not using my friends, celebrities or anyone in this entry -it just my thought..

It just my thought..

Option

Masa umur saya 10 tahun saya dapat ramalan yang saya akan jadi seorang penyanyi. Sehandal Ella ketika itu. Jadi setiap kali saya nampak Ella menyanyi kat TV dan radio saya jadi teruja! Kaset Ella tak pernah berhenti berpusing kat radio rumah saya.Banyak kali saya ulang nyanyi lagu-lagu hits dia depan cermin especially part dia libas-libas rambut,tolak-tolak anak rambut sumpah saya dengar suara saya sama macam dia at that time! Percaya tak? =]

Itulah dia my so called dream...

Hari ni saya cuba menyanyi macam 13 tahun lepas depan cermin dan kenangan manis masa zaman kanak-kanak kembali segar dalam ingatan..(walaupun baru sedar betapa tak seraknya suara saya!) Bahagia sangat rasa masa tu..Tak perlu fikir apa-apa pun..simple life! Jadi antara telinga yang selalu menjadi mangsa haruslah rakan-rakan jamming Shah..Maaf kalau asyik saya yang conquer mic!

As you guys can see, I have decided to put my option in its place, to do something with my life that wont torture other people ears! Hehe!

Kalau diingat balik, dalam life kita seharian ada banyak option untuk kita dan kita sentiasa membuat pilihan.
Semua pilihan yang kita pilih adalah yang terbaik pada fikiran kita, tapi tak semestinya pilihan yang kita buat tu betul..

Sebagai contoh pilihan seorang anak untuk lari dari rumah dan memalukan keluarga bukanlah pilihan yang tepat dan adil pada keluarganya..tapi pada hemat si pelari dari rumah tu tadi dia tak buat salah, dia nak hidup dengan lelaki pilihan hati dia walau satu dunia tau apa yang dia buat tu salah..sama juga dengan pilihan manusia untuk merokok betul pada kita tak semestinya betul pada orang lain..

Pilihan yang kita pilih tu juge banyak mempengaruhi masa depan kita.

Tapi itulah kehidupan kan?
Belajar buat pilihan yang salah baru kita tau macam mana baru keputusan yang betul.
Berkawan dengan banyak orang, rasa hidup dengan pelbagai perangai orang baru kita tau nak buat keputusan dalam pemilihan kawan.
Bercinta dengan ramai orang baru kita tau dengan siapa pilihan kita yang tepat untuk bersama seumur hidup.
Pilihan kita melalui pengalaman.
Takkan kita kita nak berkawan dengan mereka yang tak berbaloi walau sesaat masa kita?

Sekarang hidup kita tetap berjalan, pilihan sentiasa ada.Pilihan itu kita yang tentukan..Pengalaman dan pemikiran yang tepat adalah asas untuk pilihan yang baik.Jadi, pilihlah rakan-rakan~!


P/s: membaca blog hasil tulisan saya ini adalah satu pilihan anda..teruskan membaca next entry kalau rasa itu pilihan yang tepat..t
erima kasih untuk masa anda dan saya amat menghargainya!

Lilitan

Hari ni saya sangat bosan
Bosan melihat diri sendiri
Bosan melihat orang lain
Bosan melihat diri sendiri menjadi orang lain..

Jadi saya keluar ke halaman rumah
Saya tengok kucing saya berlari
Tengok kereta kat jalanraya
Tengok anjing dibawa berjalan2
Tengok pokok bunga mak saya..

Mata saya tiba2 tertumpu pada satu jenis pokok ni..
Mereka berbelit pada sebatang kayu yang dicucuk oleh nenek saya
Ada banyak pokok tu..
Semua melilit
Tapi yang paling menarik adalah kelainan arah yang dituju oleh pucuk pokok-pokok tu
Ada yang ke arah kanan, kiri, atas, bawah (dah layu)

Hati saya ketawa sendiri
Saya terfikir yang setiap pokok tu mewakili diri saya dan rakan2
Kita semua bermula dari titik yang sama
Sekolah rendah, menengah, universiti..
Those interesting phases..

Kalau pokok daya tarikan nya adalah cahaya dan graviti kan?
Saya anggap yang tarikan positif adalah cahaya dan yang negatif adalah graviti

Kalau kita pucuk yang bijak, kita pasti akan ikut langkah pucuk2 yang keatas...
Yang bijak mencari cahaya
Yang tahu mencari peluang hidup dan maju..

Tapi there were certain pucuk yang ditakdirkan untuk grow apart from each other
Berpisah jauh dari pucuk yang sama2 di bawah pada awalnya
Biasanya ke arah cahaya
Dan saya bangga ada antara pucuk2 yang bermula sama dengan saya semakin maju dalam pencarian cahayanya..
Kamu adalah pokok balak!
Kuat dan tahu mencari cahaya kamu..

Kerana salah sedikit sahaja kita pasti akan ditarik oleh graviti
Mungkin keperluan dan definisi cahaya yang berbeza antara kita adalah silapnya..

Sekarang saya dah ada dalam rumah semula..
Hujan rintik2 kat luar sana

Semoga pucuk2 yang maju ke atas tu akan survive rintikan air hujan!

p/s: hati2 dengan parasit tau pucuk2 yang maju ke atas!
=)

Hair Removal Wax

Baru2 ni salah seorang bestfriend saya kata saya adalah seorang pendendam
Apakah definisi dendam?
Yang saya tau dendam always lead to nasty things...??
That's why war happened kan?..

In an effortless way of thinking,
Pada saya dendam ni seperti rasa ada wax melekat kat bulu kaki kita
Haha!
kita takkan rasa aman selagi tak cabut wax tu
tapi kita tau kalau kita cabut pasti akan rasa pedih
kalau dibiarkan menganggu keselesaan hati kita
keselesaan pergerakan kita juga terbatas
So damn frustrating!

Macam mana lagi?
Sku akan mula belajar tahan pedih untuk cabut that bloody wax tu dari kaki saya
Even pedih
At least i'll look better huh?
Heheh

Beza dendam dan mengingati kecil sahaja
Dendam adalah mengingati dengan niat untuk membalas dendam
In the other hand mengingati pula adalah proses bila kita terkenang sambil tersenyum

Untuk masa ni saya lebih banyak mengingati..
Lebih baik begitu..
Lebih baik begitu..

=)

Eksperimen Cinta

Baru-baru ni one of my bestfriend got enggaged..
Walaupun saya tak dapat datang all the way ke Melaka tu, tapi saya dapat rasa yang majlis tu berlangsung dengan bahagianyanya..
Tahniah pada kamu ya?
Hehe..
Apa-apa pun entry saya yang kali ni bukanlah mengenai majlis pertunangan tu tapi lebih pada soalan kawan tu pada saya..

Q: Betul ke he's the one for me?

Sebetulnya, saya bukan orang yang paling tepat untuk menjawab soalan itu..
Sebab saya bukan pakar psikologi, jauh sekali pencabar Dr Phill atau Oprah Winfrey..
Hehe..
Tapi sepatutnya saya patut menjawab soalan kawan saya tu..

Sebenarnya, pada pendapat saya yang tak bijak ni la, cinta tu definisi dia adalah bahagia..
Kalau kamu rasa bahagia dengan seseorang tu dan boleh jadi diri sendiri dengan dia he should be in ur short list..
Saper yang nak spend the rest of his/her life dengan someone yang tak sekepala kan?

Kalau kita bercinta dan seluruh dunia sokong kita, tak menjanjikan bahagia in the future..
After the crowd gone, it is only u and ur partner left..
It's up tu u how to deal with ur life..
Sebab banyak sangat terjadi suami@isteri yang berubah perangai lepas kahwin..
Sebab tu penting sangat utk be urself..
Biar dia terima korang seadanya..
Dont surprise ur partner..
It wont work..

Manusia ni macam sebuah kereta..
Kualiti pada engine kereta..
Tapi banyak orang pandang warna dan bentuk kereta..
Interior design kereta tu..
Hurm..
Kalau kamu nak pakai kereta tu setahun dua saya rasa ok..
Tapi kalau nak pakai kereta tu hingga ke tua, u better think twice..
Kalau setakat nak harap pada luaran kereta tu, kemek aje sikit nilai dah jatuh..
Even kamu cat balik, ketuk balik, nilai dia tetap jatuh..
Tapi kalau kamu ni jenis yang setia, dengan kondisi enjin yang baik tu, pasti Kereta tu akan bertahan teman kamu hingga tua..
Hey, kamu pun bukan pemandu yang baik kan?

Jadi kita takkan tau he's the one for u or not..
As long as u didn't lie to your heart, he deserve a chance..
When i said a chance i mean a chance..
Sekali sahaja..
Lelaki ni jenis orang yang susah nak berubah..
Kalau dari zaman kawan dah mula miang-miang dengan perempuan lain, trust me, u better be prepared utk dimadukan..
I mean it..
It's not about boys being boys..
Tapi they think they could get away with that excuse..
Just dont risk your life ladies...


Jadi is he's the one for u?
My answer is.. Lakukan eksperimen..
Kamu aje yang tau hati kamu..
Not everyone's lucky enough to be with the one they love..
Enjoy your life ya?



XOXO

Bekas Kekasih

Bekas kekasih adalah manusia yang paling berbahaya pada pasangan bercinta
Impaknya sangat besar dalam satu-satu perhubungan..
Nyata nya, bekas kekasih itu pernah menyayangi mu
Bekas kekasih itu pernah disayangi mu
Pernah bersama-sama berbahagia berdua
Sama-sama kenal hati budi...

Jadinya,
Bukan kejadian yang aneh senario berpisah dan bersama semula dalam sesuatu perhubungan..
Selalu sangat saya dengar dan lihat..
Jadi salahkah jika saya berhati-hati?
Salahkah jika aku cemburu?

cinta adalah nikmat Tuhan yang terhebat untuk manusia..
cinta boleh buat orang gembira
cinta boleh buat orang berduka
cinta boleh buat orang berharap
cinta boleh buat orang mengalah

Jujurnya mungkin kita cuma dapat bercinta sekali seumur hidup
Mungkin kita cuma dapat rasa perasaan itu sekali seumur hidup
Mungkin seumur hidup kita hanya mencintai orang itu sahaja...
Andai kata cinta itu terputus, percintaan yang seterusnya mungkin bukan setulus yang pertama..
Percintaan itu mungkin bersebab..
Lebih kepada membalas dendam
Lebih kepada simpati
Lebih kepada desakan

Sesetengah manusia mungkin tak dapat nikmat bercinta
Mencinta dan dicintai
Malangnya bila cinta tak berbalas..
Bila apa yang anda rasa tak di pedulikan orang..
Ya, bukan salah sesiapa..
Cinta tak dapat dipaksa
Jadi mula lah kita mencuba juga walau cinta terlarang
Cinta pada suami orang
Cinta pada tunangan orang
Cinta pada kekasih orang

Jujurnya bukan mudah mengangkat seseorang itu menjadi insan paling istimewa dan berharga
Bukan singkat masa yang yang diambil
Bukan tiada judgement pada seseorang itu
Bukan orang yang kau jumpa di tepi jalan
Bukan orang yang memberikan no telefon pada cermin kereta

Semua melibatkan masa, persefahaman dan keserasian..

Jadi pada pasangan bahagia di luar sana..
Hargai cinta anda..
Jangan bila sudah dilepaskan cinta nya
Anda menagih semula darinya

Cinta tak semestinya berbalas?
Fikir semula...

Saturday, July 26, 2008

saya keliru

Dalam hidup saya
selalu sangat orang kata saya tak tahu apa yang saya nak
selalu ubah pendirian
selalu ubah minat
sampai semua orang pun kata tak tahu macam mana nak puaskan hati saya

Masa sekolah dulu
selalu ada masalah
sebab tak tahu nak buat keputusan
tak tahu mana yang betul mana yang salah
sangat minat choir tapi kena join kelab lain

Zaman U pun sama
paling teruk masa isi borang UPU
sebab semua orang kata saya tak pandai buat keputusan
saya kena ambil course yang saya tak minat
jalan selamat untuk semua orang
nak tak nak kena belajar sebab tak ada pilihan


After U
finally dapat kerja yang sangat diminati
tapi dalam private sector
which is sangat lah salah dalam keluarga saya
tiada jalan lain selain kerja dengan government
tak selamat
Gosh!

Saya keliru
kali ni saya nak ikut cakap semua orang lagi dan menyesal forever
atau ikut kata hati sendiri dan berbahagia


.................?????................................



Tuesday, July 15, 2008

Love is Placebo

Untuk apa kita rasa rindu?
Untuk apa kita rasa concern?
Untuk apa kita rasa sayang?
=0

Terfikir tak kenapa kita perlu ada rasa ini terhadap seseorang?
Mengisi masa lapang dengan mengingati si dia..
Senyum sorang-sorang
Masa berjalan
Masa traffic jam
Masa wait in line
Masa drive
Masa dalam lif
It wont stop~!
=)

Untuk apa?
Dan ada kah ubat nya untuk kita hilangkan rasa-rasa ini?
Ponstan 1000mg wont work
Paracetamol 650mg wont work
Prozac? It’s illegal in some ways..
Tidur!(Unless you dream of him/her in your sweet dream!)
;p

Saya tau pasti ada ubatnya..
Reliance and worship
They’ll work just fine to unravel this problems
You know though it’s not the defined answer
It’ll work precisely like placebo for the syndrome that wont cured..
Sindrom rindu..
=/

Gosh~!
Saya rindu Shah
Kalau tak kerja mahu saja saya ikut mama pergi BP jumpa kamu!
Sebab rindu ni datang every time saya inhale udara.
Every secs you see..
=(

I don’t know what to say then..
But the truth is, I miss my fiancé..
He’s my life, my love..
;)

Placebo yang paling berkesan sekarang adalah

Shah

Though its not right for me to swallow you down like placebo yada yada!
plus you are not edible
You are too sweet
I'll get diabetes for that!..
hehe
=D




Saturday, July 12, 2008

Sesal

Arini wedding kak ngah
Kakak Alia
Tapi tak dapat pergi
Sebab pagi tadi ada kerja perlu di selesaikan kat club
Sedih nya~!
Mesti meriah
Saya selalu sukakan majlis perkahwinan
Rasa happy
Paling suka tengok muka pasangan masa akad nikah
Muka yang berseri-seri
Manja-manja

Mesti best kalau dapat join majlis tu
Tapi tak dapat
Sorry Kak ngah..
Tak sempat....
Kuantan jauh..

Hurm..
Apa-apa pun, tahniah Kak ngah..
Harap semuanya baik2 belaka..

=)

Tuesday, July 8, 2008

My make up tools

What a friend are for?

Suddenly after a few mind-f*** sessions with my close friends at Khairul place last night it somewhat opens up my mind on a new metaphor regarding types of friends-with similar functions as my make up tools.Hehe..

LIST:
1) Kawan seperti moisturizer - untuk sentiasa memastikan saya cukup moist(tenang) dan takkan benarkan break out(rage) due to kulit kering(stress).
2) Kawan seperti foundation -menjaga maruah dan meng-cover kekurangan diri saya dari pandangan orang lain.
3) Kawan seperti eyeliner -memberikan saya pandangan yang lebih tajam dan membina terhadap segalanya di dalam kehidupan.
4) Kawan seperti mascara -menggembirakan hati saya dengan menghasilkan harapan terhadap sesuatu yang tiada-you know the long lashes or something like that. Be positive!
5) Kawan seperti eyeshadow- mewarnai hidup saya dengan keceriaan!
6) Kawan seperti blusher- buat saya blush! No matter how hard the day is.
7) Kawan seperti lipstick dan lipgloss- memberikan sebab yang kuat untuk memberikan senyuman yang ikhlas dan bermakna.

Haha? Sorry kalau agak aneh entry kali ni.

Pertamanya untuk kali ini, saya ingin berkongsi pandangan mengenai fungsi rakan yang baik dan diperlukan dalam life saya. Saya adalah seorang manusia yang suka menggunakan metafora dalam life saya. Selalu menyamakan hidup saya, perangai saya dan cara saya deal dengan kehidupan seharian dengan cara sesuatu objek lain berfungsi. You know-the hidup umpama lilin sering membakar diri untuk orang lain bla la bla. Yang anehnya ialah cara ni berjaya buat saya rasa diri saya bijak/kreatif (NOT!) in a way-weird way-with a grin-weird grin!ahaha..excuse me.

Make up! I need and love my make up tools. Sebanyak saya mahu dan sayangkan rakan2 saya..Haha!

Jadinya, saya bersyukur kerana dikurniakan Tuhan make up tools yang terbaik seseorang boleh dapat dalam dunia ni. Hehe, dibawah ni saya list kan pencalonan untuk setiap alat make up saya:

Moisturizer- Yaya
Foundation- Ayu
Eyeliner- Adib
Mascara- Xecca
Blusher- As
Lipgloss- Alia
Eyeshadow- Hezreen


Gosh! Saya sangat beruntung untuk semua ini. Without my make up kit?
I'll be dull. Unhappy..

Pucat.

And I miss all of my friends right now.
Hmmmmmm

Gosh i need my lipgloss ASAP~!

Saturday, June 28, 2008

Rasa Hati

Berapa lama masa bersama kah yang dikatakan penunjuk kesesuaian dan keserasian diantara dua orang manusia?

Dulu masa saya di sekolah menengah rata-rata kawan kawan bersetuju dengan kaedah ini:3 bulan :kenal-kenal
6 bulan :hurm, ada kawan kata sesiapa yang berjaya lepas the first 6 months should be together forever.
Setahun dan ke atas:Confirm happily ever after.

Pada saya tempoh masa ni semua kadang kala mengarut. Ada dikalangan kawan-kawan saya yang bercinta sejak sekolah sampai U then after grad berpisah.
Kisah sedih ni walau macam mana pun kadang kala tak bermakna the end of everything. Sebab, kalau difikirkan dari segi logik nya, alangkah bertuahnya diri kita kalau perangai sebenar pasangan kita dapat dilihat sebelum mengikat ikatan perkahwinan. Masa tu dah terlambat.

Mengikut kajian yang saya baca, manusia tak akan berubah. Mungkin akan beralah sekali dua tapi tak akan berubah. Jadi kalau ada diantara kita yang dah ada target atau hope untuk mengubah pasangan baik lupakan.

Memang tak dapat dinafikan ada sesetengah benda pada pasangan yang menyakitkan hati kita, tapi saya rasa itu lah kekurangan yang membuatkan kita semakin sayang pada the other half kita kan? Kekurangan tu lah yang boleh differentiate kan seseorang tu dgn individu yang lain.

Dan jangan lupa, kita juga tak sempurna.

To make our relationship lasts, kita kena banyak berkorban, bukan saling menyalahkan.Jangan bergaduh untuk menang sebab kita bukannya nak collect points utk setiap kemenangan. Satu pasangan adalah satu pasukan. Pasukan yang kuat adalah pasangan yang menang bersama, bukan saling mengalahkan.
Ironik.

Baru-baru ni saya ada dengar kisah sedih kawan saya yang mengadu pada saya pasangannya tak pernah hadiahkan dia apa-apa. Tak pernah hadiahkan apa-apa yang fancy(pembetulan). Dan sebagai seorang kawan yang suka menasihatkan(even diri saya pun tak berapa ok sgt), saya kata pada dia yang semua barang-barang yang dia harapkan pasangannya hadiahkan tu pasti boleh dibeli sendiri. Tak perlu susahkan/bebankan pasangan.Betul tak?Tu semua material. Yang lebih penting adalah nilai yang ada pada seseorang tu.

Hurmmm..Rasanya ini sahaja lah yang dapt saya tulis untuk kali ni. Next entry harap-harapnya saya dapat tuliskan sesuatu yang gembira pula.

Ps: tak sabar nak tengok cerita sepi dengan Zack. Emosi pasti akan terganggu. Tapi it's ok. Shah ada. =)

Wednesday, June 25, 2008

Jarak dan Waktu (untuk Shah)
















Kata orang, masa bertunang sangat banyak dugaannya

At least saya patut bersyukur sebab Tuhan bagi Shah kerja kat Johor
The distance somehow buat saya rasa lega

Kurang bergaduh
Kurang masalah


Dan masa-masa bergaduh dah diganti dengan masa-masa merindui Shah
Again...
Rindu ni juga boleh buat saya jadi penat
Tapi saya sangat suka Shah
Sangat suka sampai saya sendiri dah jadi keliru macam mana nak rasa marah
Sebab pada saya cinta bukan alasan untuk jadi selfish atau bossy
Pada saya cinta adalah pengorbanan


Seorang mak senyum masa menyusukan anak
Seorang kekasih basah sebab sibuk payungkan pasangan
Seorang anak comot-comot siapkan kad hari ibu


Pada saya itu adalah definisi cinta

Dan untuk waktu ini
Saya akan mulakan berkorban
Walau saya rindu

Tapi saya akan jadi kuat
Sebab Shah...
Saya sangat suka kamu..


Terima kasih atas semua text messages dan video messages yang kamu hantar...
Sangat hargai..


p/s:Sangat rindu pegang tangan itu.

Sunday, June 22, 2008

Hai semua..!

Selamat semuanya..
Tiba-tiba hati rasa nak menulis semula..
Jadi...

Sebentar ya!