Friday, August 29, 2008

Bekas Kekasih

Bekas kekasih adalah manusia yang paling berbahaya pada pasangan bercinta
Impaknya sangat besar dalam satu-satu perhubungan..
Nyata nya, bekas kekasih itu pernah menyayangi mu
Bekas kekasih itu pernah disayangi mu
Pernah bersama-sama berbahagia berdua
Sama-sama kenal hati budi...

Jadinya,
Bukan kejadian yang aneh senario berpisah dan bersama semula dalam sesuatu perhubungan..
Selalu sangat saya dengar dan lihat..
Jadi salahkah jika saya berhati-hati?
Salahkah jika aku cemburu?

cinta adalah nikmat Tuhan yang terhebat untuk manusia..
cinta boleh buat orang gembira
cinta boleh buat orang berduka
cinta boleh buat orang berharap
cinta boleh buat orang mengalah

Jujurnya mungkin kita cuma dapat bercinta sekali seumur hidup
Mungkin kita cuma dapat rasa perasaan itu sekali seumur hidup
Mungkin seumur hidup kita hanya mencintai orang itu sahaja...
Andai kata cinta itu terputus, percintaan yang seterusnya mungkin bukan setulus yang pertama..
Percintaan itu mungkin bersebab..
Lebih kepada membalas dendam
Lebih kepada simpati
Lebih kepada desakan

Sesetengah manusia mungkin tak dapat nikmat bercinta
Mencinta dan dicintai
Malangnya bila cinta tak berbalas..
Bila apa yang anda rasa tak di pedulikan orang..
Ya, bukan salah sesiapa..
Cinta tak dapat dipaksa
Jadi mula lah kita mencuba juga walau cinta terlarang
Cinta pada suami orang
Cinta pada tunangan orang
Cinta pada kekasih orang

Jujurnya bukan mudah mengangkat seseorang itu menjadi insan paling istimewa dan berharga
Bukan singkat masa yang yang diambil
Bukan tiada judgement pada seseorang itu
Bukan orang yang kau jumpa di tepi jalan
Bukan orang yang memberikan no telefon pada cermin kereta

Semua melibatkan masa, persefahaman dan keserasian..

Jadi pada pasangan bahagia di luar sana..
Hargai cinta anda..
Jangan bila sudah dilepaskan cinta nya
Anda menagih semula darinya

Cinta tak semestinya berbalas?
Fikir semula...

No comments: