Masa umur saya 10 tahun saya dapat ramalan yang saya akan jadi seorang penyanyi. Sehandal Ella ketika itu. Jadi setiap kali saya nampak Ella menyanyi kat TV dan radio saya jadi teruja! Kaset Ella tak pernah berhenti berpusing kat radio rumah saya.Banyak kali saya ulang nyanyi lagu-lagu hits dia depan cermin especially part dia libas-libas rambut,tolak-tolak anak rambut sumpah saya dengar suara saya sama macam dia at that time! Percaya tak? =]
Itulah dia my so called dream...
Hari ni saya cuba menyanyi macam 13 tahun lepas depan cermin dan kenangan manis masa zaman kanak-kanak kembali segar dalam ingatan..(walaupun baru sedar betapa tak seraknya suara saya!) Bahagia sangat rasa masa tu..Tak perlu fikir apa-apa pun..simple life! Jadi antara telinga yang selalu menjadi mangsa haruslah rakan-rakan jamming Shah..Maaf kalau asyik saya yang conquer mic!
As you guys can see, I have decided to put my option in its place, to do something with my life that wont torture other people ears! Hehe!
Kalau diingat balik, dalam life kita seharian ada banyak option untuk kita dan kita sentiasa membuat pilihan.
Semua pilihan yang kita pilih adalah yang terbaik pada fikiran kita, tapi tak semestinya pilihan yang kita buat tu betul..
Sebagai contoh pilihan seorang anak untuk lari dari rumah dan memalukan keluarga bukanlah pilihan yang tepat dan adil pada keluarganya..tapi pada hemat si pelari dari rumah tu tadi dia tak buat salah, dia nak hidup dengan lelaki pilihan hati dia walau satu dunia tau apa yang dia buat tu salah..sama juga dengan pilihan manusia untuk merokok betul pada kita tak semestinya betul pada orang lain..
Pilihan yang kita pilih tu juge banyak mempengaruhi masa depan kita.
Tapi itulah kehidupan kan?
Belajar buat pilihan yang salah baru kita tau macam mana baru keputusan yang betul.
Berkawan dengan banyak orang, rasa hidup dengan pelbagai perangai orang baru kita tau nak buat keputusan dalam pemilihan kawan.
Bercinta dengan ramai orang baru kita tau dengan siapa pilihan kita yang tepat untuk bersama seumur hidup.
Pilihan kita melalui pengalaman.
Takkan kita kita nak berkawan dengan mereka yang tak berbaloi walau sesaat masa kita?
Sekarang hidup kita tetap berjalan, pilihan sentiasa ada.Pilihan itu kita yang tentukan..Pengalaman dan pemikiran yang tepat adalah asas untuk pilihan yang baik.Jadi, pilihlah rakan-rakan~!
P/s: membaca blog hasil tulisan saya ini adalah satu pilihan anda..teruskan membaca next entry kalau rasa itu pilihan yang tepat..t
erima kasih untuk masa anda dan saya amat menghargainya!
Friday, August 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment